Pergi ke kampung laung hidup Melayu, orang kutip RM100 sebulan nak pergi haji disakau – Anwar

SEREMBAN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap segelintir pemimpin politik yang melaungkan “hidup Melayu” namun kelompok itu juga yang menyakau wang Tabung Haji (TH) sehingga mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, adalah sangat tidak wajar wang tabungan RM100 orang kampung Melayu Islam untuk tujuan menunaikan ibadah haji diseleweng.

“Baca laporan Tabung Haji. Berapa hilang? RM10 bilion. Campur RM2 bilion. Jadi RM12 bilion.

“Pergi ke kampung, “Hidup Melayu!”, kita pun bertepuk tangan. Kemudian, muah! cium tangan ini. Ini apa dia?

“Tak peduli siapa, kita siasat kerana ini wang Jemaah Haji! Wang orang kampung!

“Nah! Ini yang orang kampung yang kutip RM100 sebulan pun hilang.

“Kalau kerajaan pada masa itu biar, dah jatuh bangkrap pula Tabung Haji. Jadi kita kena bagi suntikan. Siapa bayar? Kerajaan bayar balik.

“Jadi pilihan raya ini, nak… bagi saya, bagi mesejlah! Enough! Bagi mesej yang jelas, cukuplah! Jagalah negeri ini! Apa pun kelemahan, jangan izinkan negeri ini, harta benda rakyat itu diambil.

“Siapa? Saya tak mahu campur. Biar siasat, siapa siasat? SPRM, PDRM, AMLA, Bank Negara, itu siasat. Jangan tutup.

“Ah ini bukan masalah Cina. Oh ini negeri ini rosak nak Cina, semua Cina. Cina pula Cina DAP lah.” Aiyo, tak ada baiknya. Eh, ini Tabung Haji tau! Melayu punya tahu tak? Ini Melayu punya masalah! Tak ada kena-mengena Cina. Ini masalah Melayu, cara Melayu urus. Sebab itu saya kata, kita nak Melayu yang baik. Kita nak Cina yang baik. Kita nak India yang baik,” tegas Presiden PKR dalam Ceramah Grand Finale Kekal Harapan di Seremban.

Beliau sebelum itu mendedahkan laporan yang dibentangkan kepada Jemaah Menteri menunjukkan Tabung Haji (TH) mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion sekali gus mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan terhadap sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran yang dikenal pasti.

Anwar berkata, kerajaan turut memutuskan supaya laporan berhubung kedudukan TH itu didedahkan kepada umum sebagai tanda komitmen kerajaan terhadap ketelusan dan akauntabiliti.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) serta agensi berkaitan sebelum sebarang tindakan undang-undang diputuskan.

“Mereka cabar saya, kata kalau berani dedahkan laporan Tabung Haji. Saya jawab, dedahkan. Hari ini Jemaah Menteri putuskan supaya laporan itu didedahkan kepada rakyat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat