Perolehan projek pertahanan lebih telus, harga berpatutan dan jaminan pelaksanaan tanpa melalui orang tengah – Khaled

PORT DICKSON – Perolehan projek pertahanan akan diperluasakan menerusi kaedah kerajaan dengan kerajaan (G2G) tanpa melalui orang tengah lagi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pendekatan G2G ini bagi memastikan urusan lebih telus, memperoleh harga berpatutan juga jaminan pelaksanaan.

“Projek-projek pertahanan yang dikenal pasti akan dilaksanakan menerusi kaedah G2G selepas ini akan dibuat melalui tender yang melibatkan syarikat pengeluar peralatan asal (OEM) dan syarikat-syarikat lain.

“Setakat ini Malaysia telah menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) bagi melaksanakan kaedah perolehan tersebut dengan Turkiye dan Korea.

“Beberapa negara lain termasuk Itali dan Perancis turut menyatakan kesediaan untuk melaksanakan kerjasama perolehan secara G2G.

“Memang ini merupakan satu kaedah baharu yang akan kita laksanakan. Pada masa sama, kita mahu memastikan negara yang menjadi rakan kerjasama ialah negara yang boleh kita percayai dan bersedia memindahkan teknologi kepada negara kita bagi membantu negara kita membangunkan industri pertahanan tempatan.

“Oleh itu, terdapat beberapa kriteria yang akan kita gunakan dalam memilih negara yang terlibat. Jadi memang itu satu kaedah yang akan kita amalkan,” katanya ketika ditemui media selepas
program kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Sirusa, Port Dickson pada Ahad.

Menjelaskan langkah ini, Khaled menyatakan antara kelebihan kaedah G2G ialah kerajaan memperoleh harga yang berpatutan dan menerima jaminan pelaksanaan daripada negara yang menjadi rakan urusan.

“Saya percaya apabila urusan dibuat secara kerajaan dengan kerajaan, ia dilaksanakan secara telus dan harganya lebih baik daripada kaedah lain. Apa yang penting ialah perkhidmatan serta spesifikasi yang diperlukan oleh setiap cabang perkhidmatan sama ada darat, laut atau udara dapat dipenuhi.

“Bukan bermaksud kerajaan membuat keputusan secara bersendirian, sebaliknya ia dilaksanakan dengan kerjasama setiap perkhidmatan yang memerlukan peralatan tersebut,” kata Khaled.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat