KUALA LUMPUR – Bersatu diberitakan akan menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement-CSA) dengan Kerajaan Perpaduan bagi menjamin sokongan dalam pengundian Bajet 2027.
Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, situasi ini mengajar kita menerima satu hakikat bahawa politik ini adalah seni dalam perundingan dan bukannya seni pertembungan dan perbalahan kerana Islam itu sendiri mengajar konsep damai sebagai asas hubungan kemanusiaan.
“Begitu juga bahawasanya apa yang dikatakan rakan dan musuh silih berganti dalam politik kepartian dan demokrasi moden.
“Justeru, kita perlu membina naratif perbezaan parti politik adalah “persaingan” mendapat kuasa bukannya “permusuhan”.
“Rakan dan sekutu politik boleh sahaja berubah-ubah.
“Pintu rundingan jangan ditutup rapat dan tidak juga dibuka seluas-luasnya. Berpada-pada,” pesan beliau.
Kata Khairuddin, dari situlah jurang perbezaan boleh dikecilkan dan perpaduan atas kepentingan bersama boleh digerakkan.



