SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan senarai penuh 36 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dengan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun membuat kejutan apabila berpindah daripada kerusi Sikamat ke Linggi.
Keputusan itu menyaksikan kerusi N.13 Sikamat yang disandang Aminuddin sebelum ini diserahkan kepada Nor Azman Mohamad, manakala beliau akan mempertahankan kepimpinan PH dengan bertanding di N.32 Linggi.
Berikut adalah senarai penuh calon Pakatan Harapan:
• N.01 Chennah – Loke Siew Fook
• N.02 Pertang – Mohd Umry Abdul Khois
• N.03 Sungai Lui – Zainal Fikri Abd Kadir
• N.04 Klawang – Bakri Sawir
• N.05 Serting – Yaacob Mahmood
• N.06 Palong – Muhammad Zahin Zinal Abidin
• N.07 Jeram Padang – Manivannan A/L Gowindasamy
• N.08 Bahau – Teo Kok Seong
• N.09 Lenggeng – Hajah Zarinna
• N.10 Nilai – J. Arul Kumar
• N.11 Lobak – Chew Seh Yong
• N.12 Temiang – Ho Weng Wah
• N.13 Sikamat – Nor Azman Mohamad
• N.14 Ampangan – Muhammad Nazri Kassim
• N.15 Juasseh – Mohd Aidil Abdullah
• N.16 Seri Menanti – Mohd Kamarul Arifin Mohd
• N.17 Senaling – Hanis Alimin
• N.18 Pilah – Noorzunita Begum Mohd Ibrahim
• N.19 Johol – Zailan Munawar
• N.20 Labu – Ahmad Faez Abdul Razak
• N.21 Bukit Kepayang – Nicole Tan Lee Koon
• N.22 Rahang – Siau Meow Kong
• N.23 Mambau – Lee Kai Yet
• N.24 Seremban Jaya – S. Mugunthan
• N.25 Paroi – Ustaz Shahir
• N.26 Chembong – Danish Nazran Murad
• N.27 Rantau – Dr. Azizul Hakim Mahdi
• N.28 Kota – Ustaz Allif Ibrahim
• N.29 Chuah – Yew Boon Lye
• N.30 Lukut – Choo Ken Hwa
• N.31 Bagan Pinang – Nasir Raman
• N.32 Linggi – Datuk Seri Aminuddin Harun
• N.33 Sri Tanjung – Dr. Rajasekaran A/L Gunnasekaran
• N.34 Gemas – Siti Aishah binti Seman @ Othman
• N.35 Gemencheh – Dato’ Abd Latif
• N.36 Repah – Veerapan Superamaniam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Julai 2026 (Sabtu) sebagai hari penamaan calon, 28 Julai 2026 (Selasa) sebagai hari pengundian awal, manakala 1 Ogos 2026 (Sabtu) ditetapkan sebagai hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan.
Tempoh berkempen adalah selama 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga 11.59 malam pada 31 Julai.
Perpindahan Aminuddin daripada Sikamat ke Linggi dijangka menjadi antara tumpuan utama PRN kali ini, selain percaturan PH mengekalkan beberapa penyandang berprofil tinggi serta mempertaruhkan beberapa muka baharu bagi mempertahankan pentadbiran kerajaan negeri.-SuaraTV



