Kita tidak bincang mahupun bergaduh secara secara terbuka – Zambry sahkan Ab Rauf jumpa Ka Siong

KUALA LUMPUR- Barisan Nasional (BN) memberi jaminan kemelut dalaman membabitkan komponen parti itu akan diselesaikan sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pertemuan sudah diadakan dengan Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bagi mencari penyelesaian menerusi semangat musyawarah.

“Kita tidak bincang secara terbuka, bergaduh secara secara terbuka. Kalau ada perkara yang jadi masalah, kita duduk dan Insya-Allah perkara itu dapat kita tangani dengan baik.

“Saya sudah berjumpa dengan Ketua Menteri dan juga Presiden MCA. Alhamdulillah, kami dapat duduk bersama, kita akan mencapai penyelesaian yang sebaik-baiknya demi BN,” katanya lapor BH di Putrajaya

Sebelum ini, MCA dilapor bertegas tidak mengiktiraf mana-mana calon parti itu yang diumumkan BN bagi PRN Melaka tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi parti.

Ka Siong dilaporkan berkata, tindakan mengumumkan calon tanpa rundingan dan persetujuan MCA tidak boleh diterima, selain mendakwa kerusi yang sebelum ini ditandingi parti itu diberikan kepada parti lain.

Perkembangan itu menimbulkan persoalan berhubung kedudukan dua penyandang MCA yang diumumkan BN sebagai calon pada malam Sabtu lalu iaitu Datuk Ngwe Hee Sem bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dan Datuk Lim Ban Hong di Klebang.

Zambry memberi jaminan perkara berkenaan akan diselesaikan secepat mungkin.

“Ya, kita ‘confirm’ selesai sebelum hari penamaan calon,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bentuk penyelesaian yang dicapai, sebaliknya berkata pengumuman mengenainya akan dibuat kemudian.

“Insya-Allah, pengumuman akan dibuat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat