MUDA-PSM jalin kerjasama politik hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan sebagai Blok Progresif

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mencapai kata sepakat untuk bergerak secara bersama di sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

MUDA dan PSM dalam kenyataan bersama pada Isnin berkata, menerusi pembentukan Blok Progresif, kerjasama politik ini akan mengetengahkan tawaran dasar-dasar yang bersifat progresif kepada para pengundi di kedua-dua negeri.

Jelasnya, dasar progresif yang dibawa ini bersifat ke hadapan dan berpaksikan kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira kaum, berlandaskan kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Antara tunjang dasar dan isu utama yang akan kami ketengahkan dalam PRN kali ini mencakupi penyelesaian kos sara hidup dengan merangka langkah praktikal untuk meringankan beban ekonomi rakyat.

“Tunjang lain ialah pekerjaan berkualiti dengan merangsang penawaran peluang pekerjaan dengan gaji dan jaminan yang lebih baik. Juga kelestarian alam yang membawa agenda perubahan iklim dan pemeliharaan alam sekitar secara serius.

“Selain itu, perumahan mampu milik dengan memastikan akses perumahan yang adil dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat serta reformasi institusi melalui memperkasa tata kelola kerajaan yang telus, bersih, dan berintegriti. Kesepakatan ini mencakupi pelarasan dan koordinasi isu, pergerakan jentera kempen secara bersama, serta perancangan strategik dalam pembahagian kerusi,” ujarnya.

Jelas MUDA dan PSM, langkah ini diambil bagi mengelakkan pertembungan kerusi dalam kalangan parti-parti yang memperjuangkan agenda progresif.

“Pihak kami juga sentiasa terbuka untuk berbincang dan melibatkan mana-mana parti mahupun pihak yang berkongsi hasrat dan dasar progresif yang sama.

“Marilah kita bersepakat demi memajukan negeri yang tercinta ini. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat,” serunya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat