“DAP Lagi Teruk” — Puad Zarkashi Dakwa Wujud Tawaran Politik Libatkan GLC

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa DAP menggunakan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai alat “jual beli politik”.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau, Puad mendakwa perkara itu terbongkar selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim didakwa menolak tawaran tertentu dengan syarat bertanding di DUN Tiram.

“Tidak disangka DAP guna jawatan GLC untuk berjual beli politik. Ini terdedah apabila YB Marina Ibrahim menolak tawaran tersebut asalkan dia setuju bertanding di DUN Tiram,” katanya.

Puad turut mendakwa DAP sebelum ini sering mengkritik pihak lain berhubung pelantikan politik dalam GLC dengan menyifatkannya sebagai tidak beretika, tidak profesional dan tidak reformis.

Namun menurut beliau, tindakan yang didakwa berlaku itu menunjukkan situasi sebaliknya.

“DAP sering mengecam pihak lain kerana membuat lantikan politik di GLC. Pada DAP itu tidak beretika, tidak profesional dan tidak reformis.

“Tapi DAP lagi teruk. Tawaran dibuat sebelum menang pilihan raya,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, Puad turut membangkitkan nama Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching yang didakwa mempunyai pengaruh besar dalam kerajaan perpaduan.

Beliau turut mencabar DAP supaya mendedahkan senarai wakil rakyat dan pemimpin parti yang memegang jawatan dalam GLC di peringkat pusat serta negeri.

“Justeru kita cabar DAP, dedahkan YB dan pemimpin DAP yang bukan YB tetapi pegang jawatan GLC pusat dan negeri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat