DUN Sarawak dibubarkan secara rasmi hari ini

KUALA LUMPUR – Negeri Sarawak kini sudah pun masuk dalam fasa kerajaan sementara selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa hari ini untuk Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dalam tempoh itu, kerajaan negeri akan melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara dengan mematuhi segala kehendak dan kebiasaan perlembagaan.

“Pentadbiran awam dan perkhidmatan penting akan diteruskan bagi memastikan keperluan serta kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Beliau mengumumkan tarikh pembubaran DUN pada Jumaat lepas selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Selaras dengan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri, PRN hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting PRN13 iaitu hari penamaan calon dan hari mengundi.

Pada 23 Oktober lalu, Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus dilaporkan berkata, tarikh mesyuarat khas itu akan ditentukan sebaik pihaknya menerima pemakluman rasmi pembubaran daripada Speaker DUN Sarawak.

Mandat semasa DUN Sarawak yang ketika ini mempunyai 82 kerusi, berakhir pada Februari 2027.

Pada PRN ke-12 yang diadakan 18 Disember 2021, GPS mendapat mandat selepas memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat