KUALA LUMPUR – Nik Nazmi Nik Ahmad memulangkan paku buah keras kepada ahli baharu PKR Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan mengingatkan syarat layak untuk sesiapa menjadi Perdana Menteri ialah perlu menang kerusi Parlimen terlebih dahulu.
Nik Nazmi yang kini pengendali bersama, Parti Bersama Malaysia atau Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) dengan Datuk Seri Rafizi Ramli mengingatkan Tengku Zafrul bahawa mereka berdua bersama PKR ketika parti itu tidak ada apa-apa.
“Saya baru baca komen anggota PKR baru, Tengku Zafrul, yang kata yang menubuhkan parti baru itu mungkin kena tunggu 20 ataupun 30 tahun lagi untuk jadi PM.
“Kalau layak, tak ada masalah bagi kami. Sebab kami di parti Bersama ini, waktu kita buat PKR dulu, PKR tidak ada apa-apa.
“Jadi mungkin untuk Tengku Zafrul susah bayangkan. Paling penting, saya ingat, siapa-siapa nak jadi PM pun, dia kena menang dulu keputusan Parlimen sebelum nak jadi PM.
“Jadi, kita tunggu dan lihat dalam pilihan raya yang akan datang,” bidas bekas Naib Presiden PKR itu.
Terdahulu, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, “yang buat parti baru tu tunggulah 20 atau 30 Tahun lagi baru jadi PM, kalau layak.



