Wisma Putra beri nasihat, orang ramai tangguhkan perjalanan ke Perancis

KUALA LUMPUR – Orang ramai digesa membuat penangguhan untuk perjalanan tidak penting ke Perancis ekoran demonstrasi di beberapa bandar di negara itu.

Melalui satu kenyataan hari ini, Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Perancis supaya sentiasa berhati-hari dan berwaspada dengan keadaan di negara itu.

Menurut Wisma Putra, tidak ada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas atau terbabit dalam demonstrsi berkenaan.

“Kedutaan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini dan memudah cara bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia, jika diperlukan.

“Kementerian menggesa rakyat Malaysia yang menetap di Perancis supaya memastikan Kedutaan Besar Malaysia di Paris mempunyai maklumat perhubungan terkini mereka.

“Mereka yang belum berdaftar dengan kedutaan digalakkan berbuat demikian melalui platform e-Konsular Kementerian di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan komunikasi dan penyaluran bantuan jika berlaku kecemasan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, laporan berita luar negeri melaporkan pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan terhadap penunjuk perasaan di bandar raya Paris, Lyon dan Strasbourg di Perancis, yang membantah kenaikan kos sara hidup di seluruh negara itu.

Kementerian Dalam Negeri Perancis dilapor merekodkan 140 aksi bantahan di seluruh negara menjelang tengah hari, membabitkan 32,800 peserta, selain 166 ditahan di seluruh negara.

Sehingga 170,000 penunjuk perasaan dijangka berhimpun di seluruh Perancis, dengan antara 30,000 hingga 60,000 daripadanya bertumpu di Paris sahaja.

Sementara itu, Wisma Putra berkata, walaupun tiada sekatan perjalanan ke Perancis, orang ramai yang merancang ke negara berkenaan digalakkan mendaftarkan butiran perjalanan melalui e-Konsular.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat