Pas digesa tarik balik tuduhan, mohon maaf kepada pimpinan Bersatu – Bersatu Selangor

KUALA LUMPUR – Bersatu memohon agar Pas menarik balik tuduhan tidak berasas dan memohon maaf kepada pimpinan Bersatu demi memulihkan suasana muhibbah dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan Bersatu Selangor Wan Dzahanurin Ahmad mengingatkan pimpinan Pas mengelak daripada berpolitik secara fitnah dan tuduh menuduh.

“Sebagai Ketua Penerangan Bersatu Selangor, saya menyokong penuh kenyataan media Biro Politik Bersatu bertarikh 24 Mei 2026.

“Tuduhan tidak berasas dan batas kesabaran Bersatu telah menjelaskan secara terperinci dengan kronologi dan bukti berhubung isu Perlis, Negeri Sembilan, disiplin parti dan jentera pilihan raya.

“Tuduhan yang dilemparkan terhadap pimpinan Bersatu oleh Presiden Pas adalah tidak berasas dan memberi gambaran negatif kepada ahli dan rakyat amnya,” tegas beliau.

Adun Sungai Kandis itu menegaskan, kesabaran Bersatu juga ada batasnya.

Jelas Wan Dzahanurin lagi, sekiranya tuduhan ini berterusan tanpa pembetulan, ia hanya akan merosakkan kepercayaan antara parti dalam PN.

“Keputusan MT PN perlu dihormati, bukan dicabar di luar Semua perkara dasar dan isu berbangkit telah dibahas dan diputuskan secara konsensus dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Mei 2026.

“Namun, terdapat kemungkinan keputusan tersebut belum dibentangkan sepenuhnya kepada Presiden Pas menyebabkan keyataan dan tuduhan tidak benar di bangkitkan.

“Kami berharap perkara ini dapat diperbetulkan segera supaya tidak berlaku salah faham yang berpanjangan.

“Prinsip musyawarah perlu diamalkan secara konsisten adalah menjadi amalan PN bahawa semua keputusan dibuat secara musyawarah dalam MT. Adalah tidak wajar keputusan kolektif dicabar di luar mesyuarat seolaholah ada pihak yang diberikan kuasa veto.

“Jika Presiden Pas tidak dapat hadir untuk berbincang bersama pada tarikh yang ditetapkan, ruang rundingan masih terbuka. PN kuat apabila kita hadir, berbincang dan menghormati keputusan bersama,” katanya.

Menurut beliau. Bersatu kekal pada prinsip, pintu kerjasama terbuka Pas bebas mempertimbangkan hala tuju politik mereka.

“Namun Bersatu akan tetap berpegang kepada prinsip perjuangan parti dan semangat PN yang dibina atas dasar hormat-menghormati.

“Rakyat mahu melihat PN bersatu, bukan berpecah kerana salah faham. Kembalikan isu kepada meja rundingan. Di situlah tempat sebenar untuk menyelesaikan perbezaan,” seru beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat