PRN Melaka: Gunalah lambang apa pun asalkan bukan PH, Bersatu saja – Idris

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad menegaskan, parti anggota Perikatan Nasional (PN) kini terbuka untuk menggunakan apa-apa sahaja lambang parti untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.

“Lambang apa PN hendak guna di PRN Melaka?

“Gunalah lambang apa pun, asalkan bukan lambang PH dan Bersatu ja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Fadhli Shaari menganggap pembatalan PN telah menyelamatkan gabungan itu daripada penyatuan Bersatu dengan Pakatan Harapan (PH).

“Hakikatnya PN telah diselamatkan dari pihak yang merancang untuk menjadikannya bahan cagaran, mahar politik dan hantaran penyatuan dua pihak yang selama ini berunding di dalam senyap.

“Jika dengan kuasa nipis di dalam parti yang kecil sahaja pun mereka sanggup merayu untuk saling menyokong satu sama lain atas semangat ‘kekanda dan adinda’, apatah lagi jika PN masih kekal bersama mereka,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat