“Rafizi tutup mulut sahaja bohong” – Chegu Bard

KUALA LUMPUR – Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memuat naik poster “12 Agenda Parti Bersama” sambil mempertikaikan tawaran politik baharu dikaitkan dengan Rafizi Ramli.

Poster itu memaparkan pelbagai agenda termasuk sistem perlindungan sosial nasional, had pekerja asing kepada lima peratus tenaga kerja, pendidikan awal universal, pertumbuhan ekonomi tahunan melebihi lima peratus, Malaysia sebagai “Bateri Asia Tenggara” serta perumahan generasi baharu.

Turut disenaraikan sasaran meletakkan Malaysia dalam quartile teratas penarafan pendidikan antarabangsa PISA, nisbah seorang doktor bagi setiap 300 penduduk menjelang 2030 dan menjadikan pertanian moden sebagai aktiviti perkilangan utama.

Bagaimanapun, Chegu Bard mendakwa agenda tersebut hanyalah pengulangan pendekatan lama Rafizi yang menurutnya dipenuhi janji besar tetapi gagal dilaksanakan selepas membentuk kerajaan.

“Penggunaan bahasa bombastik seperti sistem perlindungan sosial, had pekerja asing turun hingga lima peratus, Malaysia bateri Asia, turunkan harga rumah, pendidikan percuma dari tadika dan banyak lagi.

“Taktik sama dan esok bila menang ulang benda sama, rakyat kena korban kutip cukai tinggi tapi subsidi potong,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau turut mendakwa penderitaan rakyat hari ini berpunca daripada “formula gagal” yang pernah dipromosikan Rafizi sebelum ini termasuk janji berkaitan harga minyak, harga kereta dan pendidikan percuma.

Dalam hantaran sama, Chegu Bard turut menyindir gaya politik Rafizi dengan kenyataan:

“Anwar buka mulut je bohong, Rafizi tutup mulut je bohong.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat