Sudah RM45,000 masuk akaun bukan untuk beli motor, ikan tilapia – Akmal tarik balik sebaran nombor akaun

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh memohon maaf kerana terpaksa untuk menarik semula nombor akaun bank yang dikongsi di dalam hantaran media sebelum ini.

Katanya, hal ini kerana hampir semua yang masukkan duit dalam akaun beliau bukan untuk membeli motor atau ikan tilapia saya,tetapi kerana ingin menyumbang kepadanya.

“Sehingga kenyataan ini dibuat saya dah menerima hampir dekat RM 45,102.18

“Saya sangat-sangat berterima kasih,tetapi niat saya adalah untuk berusaha terlebih dahulu untuk menjual aset saya iaitu motor dan ikan saya terlebih dahulu.

“Saya sejujurnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak untuk membantu saya ,kerana saya akan bertanggungjawab sepenuhnya maka Insya-Allah saya akan tanggung sepenuhnya.

“Saya mohon untuk jangan masukkan lagi duit ke akaun saya agar saya tidak rasa bersalah dengan semua.

“Tidak mengapa saya tanggung,saya hanya perlukan doa daripada anda semua sahaja.

“Jadi kepada sesiapa yang mahu membeli motor X-ADV saya,saya akan berikan perincian selepas ini dan boleh terus mesej saya, terima kasih,” ucap Akmal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat