Guna logo TV3, wanita didenda RM4,000 sebar berita palsu harga petrol

SEPANG – Seorang pembantu tadbir didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan palsu berkaitan harga petrol dan diesel menerusi aplikasi Threads.

Tertuduh, Nur Irsalina Binti Omar Kumar, 27, didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

Mengikut pertuduhan, dia menggunakan akaun “@its.ellsaleena_” untuk memuat naik kenyataan palsu dengan niat menyakitkan hati orang lain, termasuk memaparkan infografik harga bahan api menggunakan logo Buletin TV3 yang telah dinafikan oleh stesen televisyen itu.

Kesalahan dilakukan pada 31 Mac 2024 dan kandungan berkenaan dikesan pada hari sama kira-kira pukul 10 malam di Menara MCMC 1, Cyberjaya.

Pendakwaan memohon hukuman tegas sebagai pengajaran kerana isu harga bahan api boleh mencetuskan panik awam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum dengan alasan berpendapatan RM2,800 sebulan serta menanggung keluarga termasuk bapa OKU dan adik yang terlibat kemalangan. Dia turut memaklumkan kandungan itu diperoleh daripada kenalan WhatsApp dan telah dipadamkan.

Mahkamah menjatuhkan denda RM4,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar, selain mengarahkan barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat