Rafizi ikrar bantu SPRM, sukarela pergi untuk bawa bukti bantu siasatan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau secara sukarela akan pergi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tambah lagi keterangan dan bawa bukti-bukti untuk membantu siasatan SPRM.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, alang-alang disiasat SPRM dalam kes yang beliau yakin memang tidak ada apa-apa kecuali percaturan yang berkuasa.

“Saya dah bincang dengan peguam-peguam saya. Alang-alang disiasat SPRM dalam kes yang saya yakin memang tidak ada apa-apa kecuali percaturan yang berkuasa, saya akan bantu SPRM giler-giler.

“Selalunya orang kena panggil SPRM sebab nak disiasat.

“Saya dah dipanggil SPRM dan ambik 4 paper exam SPRM minggu lepas.

“Minggu ini, saya sendiri akan pergi untuk tambah lagi keterangan dan bawa bukti-bukti untuk membantu siasatan SPRM.

“Peguam saya telah menulis secara rasmi kepada SPRM untuk saya hadir memberi keterangan tambahan secara sukarela dan mengemukakan bukti-bukti tambahan,” katanya.

Rafizi menyatakan, pasukan penyiasat SPRM bersetuju beliau datang esok, Khamis 14 Mei jam 10 pagi.

“Harapnya ini paper terakhirlah.

“Bila ada siasatan, selalunya orang cuba mengelak dari disoal siasat atau cuba sembunyikan sesuatu semasa memberi keterangan.

“Tapi kalau kita yakin kita tidak ada kesalahan, bukan sahaja kita tak sembunyikan apa-apa, dengan sukarela kita pergi tambah kenyataan dan bukti kita jadi lagi panjang.

“Sapa kata saya tak suka SPRM?

“Saya ada masalah dengan rekod integriti (Tan Sri) Azam Baki saja. Pegawai-pegawai yang buat kerja dengan jujur tu semua kita doakan yang terbaik,” ujar Rafizi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat