Salah guna dana zakat P. Pinang, 63 individu sudah dipanggil

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 63 individu setakat ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah serta penyelesaian bayaran baki pinjaman perumahan menggunakan dana zakat.

Menurut sumber, kesemua individu itu terdiri daripada pegawai, kakitangan serta ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), mufti, Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan, penasihat undang-undang, ahli lembaga pengarah, pegawai dan kakitangan Zakat MAINPP.

Katanya, mereka dipanggil secara berperingkat sebaik sahaja kertas siasatan dibuka untuk dirakam keterangan masing-masing.

“Suspek utama yang juga merupakan pegawai kanan kerajaan negeri bersama seorang ahli MAINPP dipercayai telah menggunakan kedudukan dan jawatan masing-masing untuk mencadang serta meluluskan pembelian tiga lot tanah pada harga kira-kira RM10 juta,” katanya memetik Utusan di George Town pada Selasa.

Sumber berkata, bagi satu lagi kes yang disiasat, suspek utama bersama pengurus besar agihan zakat negeri didapati telah menyalahgunakan dana wang zakat melalui Skim Inapan Kasih dan Bantuan Kewangan berjumlah kira-kira RM184,000 untuk bayaran penyelesaian baki pinjaman perumahan seorang asnaf tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan siasatan tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid yang hadir ke pejabat SPRM meninggalkan lokasi itu kira-kira pukul 4.11 petang, semalam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat