Adakah MKT Umno sekadar berpeluk tubuh melihat sahaja pemberhentian pekerja Utusan, Kosmo? – Tun Faisal tuntut campur tangan segera

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendesak pemimpin-pemimpin Umno untuk menyelesaikan kemelut dalam Media Mulia yang menjejaskan Utusan Malaysia dan Kosmo.

Tun Faisal menegaskan, sebagai salah sebuah parti dalam kerajaan, Umno sepatutnya tidak habis opsyen dan kekurangan resources untuk membela dan menyelamatkan pekerja-pekerja Utusan Malaysia dan Kosmo yang terjejas.

“Apakah langkah intervensi yang sedang diusahakan oleh pemimpin-pemimpin Umno untuk menyelesaikan kemelut dalam Media Mulia yang menjejaskan Utusan Malaysia dan Kosmo!? Adakah MKT Umno sekadar berpeluk tubuh dan melihat sahaja apa yang berlaku?

“Apapun langkah pertama dan tindakan paling segera yang sepatutnya MKT dan pemimpin Umno ambil adalah mencari jalan agar Media Mulia menangguhkan sebarang keputusan pemberhentian pekerja.

“Langkah kedua adalah MKT dan pemimpin-pemimpin Umno perlu bertemu segera dengan pihak kerajaan, terutamanya Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil bagi meneroka semua pilihan yang ada untuk menyelamatkan kesemua pekerja yang terbabit.

” Langkah ketiga, MKT dan pemimpin-pemimpin Umno perlu segera berbincang dengan Media Mulia atau syarikat-syarikat berkaitan Umno dan pemimpinnya untuk mencari jalan serta merancang penempatan semula pekerja-pekerja yang terjejas,” cadang beliau.

Menurut Tun Faisal, pengalaman serta kepakaran warga Utusan dan Kosmo perlu dimanfaatkan dengan membuka peluang penempatan mereka dalam bahagian digital, multimedia, penerbitan dalam talian dan operasi anak-anak syarikat Media Mulia dan syarikat-syarikat berkaitan Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat