Hamzah bakal ketuai Parti Keluarga Malaysia

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan akan memimpin Parti Keluarga Malaysia, bagi meneruskan kelangsungan perjuangan politiknya selepas dipecat Bersatu, bulan lalu.

Perkara itu yang disahkan Pengasas Parti Keluarga Malaysia, Khairi Jaya, berkata sehingga kini usaha bagi membuka laluan terhadap Ketua Pembangkang terbabit memimpin parti terbabit hampir pasti.

“Perbincangan sudah diadakan sebanyak dua kali bersama Datuk Seri Hamzah dan ahli Parlimen lain (yang dipecat Bersatu) termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

“Perbincangan terbaharu adalah minggu lalu pada Khamis dan boleh dikatakan 90 peratus sudah pasti Hamzah akan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia,” katanya menurut BH pada Selasa.

Hamzah dipecat keahliannya daripada Bersatu pada 13 Februari lalu berdasarkan keputusan yang ditetapkan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti.

Turut dipecat ialah tiga Ahli Parlimen lain iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Fathul Huzir Ayob (Gerik) dan Azahari Hasan (Padang Rengas).

Seorang lagi Ahli Parlimen yang berada dalam kem Hamzah, Datuk Seri Saifuddin Abdullan (Indera Mahkota) sudah dipecat terlebih dahulu sebelum ini.

Sementara itu Khairi berkata, proses selepas ini membabitkan persetujuan semua pihak dan isu berkaitan pelantikan perjawatan.

Beliau berkata, akan adanya proses pemilihan kelak bagi menentukan kedudukan Ahli Parlimen Larut sebagai Presiden parti terbabit.

“Sekarang ini semua ‘on track’. Akan ada pemilihan untuk lantik Datuk Seri Hamzah sebagai Presiden dan kita sedang susun perlembagaan parti bagi membolehkan perkara itu direalisasikan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa rundingan dibuat bagi menentukan rumah baharu Hamzah termasuk parti Berjasa.

Berjasa menyertai beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) sejak penubuhannya pada 1977, namun pencapaian pilihan rayanya lebih tertumpu kepada era awal penubuhan parti berkenaan.

Pada akhir 1970-an, khususnya dalam Pilihan Raya Umum 1978, Berjasa bertanding di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), terutama di Kelantan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat