KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan sejajar perubahan harga pasaran minyak dunia, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 8 sen kepada RM3.16 seliter.
Manakala, RON95 tanpa subsidi sebanyak 6 sen kepada RM2.56 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 8 sen kepada RM2.94 seliter bagi tempoh 25 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
“Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 25 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025 adalah ditetapkan seperti berikut.
“Harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 8 sen kepada kini RM3.16 seliter.
“Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi turun 6 sen jadi RM2.56 seliter.
“Harga runcit RON95 bersubsidi kekal di bawah BUDI95 pada RM1.99 seliter.
“Manakala diesel di Semenanjung turun 8 sen jadi RM2.94 seliter; harga diesel di Sabah dan Sarawak kekal RM2.15 seliter,” umum MOF.
Dalam pada itu katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.



