BEM Roadshow 2026 kembali ke Sabah dan Sarawak, pendaftaran kini dibuka

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) menjemput komuniti kejuruteraan di Sabah dan Sarawak untuk menyertai BEM Roadshow 2026 yang membawa tema ‘Engineering with Integrity in the Digital Age’.

Pendaftaran kini dibuka, mereka yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster untuk mendaftar, dan untuk maklumat lanjut, sila layari roadshow.bem.org.my

LJM dalam kenyataan berkata, BEM Roadshow 2026 akan berlangsung di Sabah 27 hingga 28 November 2026 di Le Méridien Kota Kinabalu, manakala di Sarawak pula pada 30 November hingga 1 Disember 2026 di Pullman Kuching.

Katanya, program ini merupakan peluang untuk jurutera dan komuniti kejuruteraan tempatan mendapatkan maklumat terkini berkaitan bidang kejuruteraan, bertukar pandangan serta berinteraksi dengan LJM mengenai perkara yang berkaitan dengan amalan dan perkembangan profesion kejuruteraan.

“Seiring dengan perkembangan teknologi digital, tema tahun ini menekankan kepentingan integriti, etika dan tanggungjawab profesional dalam amalan kejuruteraan.

“Program ini juga menyediakan ruang untuk komuniti kejuruteraan di Sabah dan Sarawak berkongsi pengalaman, memperluas jaringan profesional serta meningkatkan kesedaran mengenai peranan jurutera dalam mendepani cabaran industri yang semakin dinamik.

“LJM mengalu-alukan penyertaan jurutera profesional, jurutera siswazah serta komuniti kejuruteraan di Sabah dan Sarawak untuk mengambil peluang ini bagi mendapatkan pendedahan, berkongsi pengetahuan dan mengukuhkan hubungan dengan komuniti profesional setempat, ”katanya lagi.

LJM berharap dapat bertemu komuniti kejuruteraan Sabah dan Sarawak menerusi program ini dalam usaha bersama memperkukuh integriti dan kecemerlangan profesion kejuruteraan. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat