Titah Adendum : Jangan Menyimbah Minyak Pada Api Yang Sedang Marak. – Zahid

CYBERJAYA — Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengeluarkan seruan kepada semua pihak supaya tidak memperburuk keadaan politik susulan keputusan mahkamah yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Dalam kenyataannya, Zahid menasihatkan agar tidak “menyimbah minyak pada api yang sedang marak” dilihat sebagai satu amaran supaya pemimpin politik dan pihak berkepentingan mengelakkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mencetuskan lagi ketegangan antara komuniti dan mengganggu kestabilan politik.

Ucapan ini dilihat sebagai respon kepada kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan, termasuk Ahli Parlimen PH yang didakwa meraikan keputusan mahkamah itu, yang mencetuskan rasa kurang senang dalam UMNO.

Keputusan mahkamah Kuala Lumpur menolak permohonan Najib mencabar titah adendum diraja untuk tahanan rumah, menyebabkan beliau kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang, selepas didapati bersalah berhubung penyelewengan dana SRC International.

Keputusan itu turut dipandang negatif oleh sesetengah pemimpin pembangkang yang menyatakan kegembiraan terhadap keputusan tersebut, mengundang kritikan keras daripada barisan pimpinan UMNO. 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat