KUALA LUMPUR- Sayap Bersekutu Bersatu memperhalusi persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketuanya Sri Sanjeevan Ramakrishnan berkata, penyelarasan Persidangan Sayap Bersekutu Bahagian di seluruh negara serta pelaksanaan jelajah kepimpinan bagi memperteguh jaringan akar umbi.
“Sayap Bersekutu kekal komited untuk memperkasakan kepimpinan berintegriti, memperkukuh tatakelola organisasi dan mengangkat penyertaan masyarakat majmuk sebagai tunjang perjuangan politik yang progresif, inklusif dan berwibawa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, beliau memaklumkan, mesyuarat sayap Bersekutu Bersatu juga memberikan penekanan terhadap pemerkasaan kepimpinan, pemantapan organisasi dan kesiapsiagaan politik.
“Mesyuarat telah bersetuju melantik Selvendren Bothananthan sebagai Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu dan Leevinesh Murugan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Sayap Bersekutu Bersatu manakala Sivasubramaniam Athi Narayanan sebagai Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Negeri Perak.
“Pelantikan ini merupakan langkah strategik bagi memperkukuh kewibawaan kepimpinan, memperluas keterangkuman politik serta mempertingkat keberkesanan organisasi di semua peringkat,” jelas beliau.



