Rai Najib Dipenjara, Akmal Desak UMNO Tarik Sokongan

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa UMNO mempertimbangkan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan sedia ada susulan tindakan Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin, yang didakwa meraikan keputusan mahkamah mengekalkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman penjara di Kajang.

Menurut Dr Akmal, tindakan meraikan keputusan mahkamah tersebut disifatkan sebagai menghina perasaan sebahagian besar orang Melayu dan penyokong UMNO, sekali gus membuktikan parti itu terus diperkecilkan walaupun berada dalam kerajaan.

“Apa lagi yang perlu kita tunggu? Lebih baik tarik sahaja sokongan daripada kerajaan ini dan jadi pembangkang yang bermaruah daripada terus dihina oleh puak-puak bebal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyeru semua perwakilan UMNO yang bakal menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tidak lama lagi agar berani membawa suara rakyat dan akar umbi orang Melayu, serta menjadikan PAU sebagai medan untuk menyuarakan pendirian parti secara tegas.

Dr Akmal menegaskan bahawa UMNO tidak seharusnya terus berdiam diri apabila pemimpin parti dalam kerajaan sendiri dilihat terbuka meraikan kesusahan pemimpin UMNO, sambil mengingatkan Yeo Bee Yin agar tidak melupakan hakikat bahawa parti yang diwakilinya telah ditolak secara menyeluruh di Sabah pada pilihan raya lalu.

“Jangan takut, jangan gentar. PAU mesti digegarkan dengan suara keramat orang Melayu,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat