Berita caj perkhidmatan ‘Kod QR’ bermula 1 November adalah palsu – MOF

KUALA LUMPUR – Makluman di laman sosial yang menyatakan kononnya caj perkhidmatan akan dikenakan untuk penggunaan kod QR yang bermula bulan depan seperti mana yang tular ada tidak benar, menurut Kementerian Kewangan (MOF)

Dalam satu makluman ringkas di media sosial Facebook MOF, kementerian itu menafikan kesahihan perkara berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan agak tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa kod QR akan memulakn caJ perkhidmatan pada 1 November 2026 kerana maklumat tersebut adalah PALSU,” katanya.

MOF menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster yang tular.

“Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Sebelum itu, tular sekeping poster palsu yang tular menggunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai visual utama bersama tajuk ‘Berita utama hari ini, QR mulakan caj perhidmatan 1 November ini’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat