Shamsul Iskandar mengaku tak salah terima rasuah RM64,924 daripada Albert Tei untuk bayar sewa rumah

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada Jumaat, atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM64,924 sejak 2 tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan, Shamsul Iskandar, 51, sebagai ejen kerajaan iaitu Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri didakwa memperoleh suapan RM64,924 yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Rahmalidya Buyong, bagi tujuan pembayaran penyewaan sebuah rumah di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya Kuala Lumpur, daripada Tei Jiann Cheing atau Albert Tei.

Suapan itu didakwa diberikan sebagai dorongan bagi membantu syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan Albert Tei untuk mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, lapor BH di Shah Alam pada Jumaat.

Albert Tei mengaku tidak bersalah beri suapan RM64,924

Dalam mahkamah sama, ahli perniagaan, Albert Tei dihadapkan satu pertuduhan memberi rasuah kepada Shamsul Iskandar.

Albert Tei mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memberikan suapan RM64,924 yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik seorang wanita, Rahmalidya Buyong bagi tujuan pembayaran penyewaan sebuah rumah di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya Kuala Lumpur kepada Shamsul Iskandar.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk Shamsul Iskandar membantu syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan Tei bagi memperoleh kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat