Menteri Besar Perlis tidak perlu letak jawatan – Ketua UMNO Bahagian Kangar

- Advertisement -

KANGAR,– Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, berpendapat bahawa kekalahan dalam pemilihan parti bukan alasan untuk mendesak Menteri Besar Perlis meletakkan jawatan sebagai pemimpin negeri.

Beliau menulis mengulas kegagalan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mempertahankan jawatan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Arau dalam pemilihan parti itu beberapa hari lalu.

Mohd Shukri tewas kepada penyandang, Solahudin Azmi yang terus diangkat perwakilan bagi memimpin PAS Arau untuk sesi 2025-2027.

Menurut Dr Fathul, keputusan pemilihan PAS di kawasan Arau dan Padang Besar baru-baru ini yang menyaksikan kekalahan Menteri Besar dan beberapa Exco adalah sebahagian daripada dinamika biasa dalam demokrasi dan tidak sewajarnya dijadikan asas untuk menggugat kestabilan pentadbiran negeri.

“Jawatan dalam kerajaan negeri adalah amanah rakyat melalui pilihan raya umum, bukan ditentukan semata-mata melalui pemilihan parti. Kekalahan dalam parti tidak boleh dijadikan alasan untuk mengendurkan komitmen kepada rakyat,” ujar Dr Fathul.

Tambahnya, apa yang lebih penting ialah keberkesanan dan kehadiran pemimpin di lapangan, terutama dalam menangani isu rakyat seperti kejadian ribut yang menimpa beberapa kawasan baru-baru ini.

Dr Fathul menjelaskan bahawa UMNO Bahagian Kangar telah menggerakkan jentera bantuan di seluruh Parlimen Kangar dengan kerjasama Penyelaras DUN, Biro Aduan dan Biro Bela. Bantuan disalurkan secara berfokus, berdasarkan maklumat rasmi daripada agensi seperti JKM dan MAIPs.

“Kami tidak berniat menuduh kerajaan negeri mengabaikan mangsa. Tetapi sebagai pemimpin tempatan, kami menyuarakan harapan agar isu ini ditangani dengan lebih serius, menyeluruh dan sistematik,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa teguran beliau bukan bersifat politik, tetapi satu peringatan ikhlas bahawa tanggungjawab sebagai wakil rakyat kekal walaupun kalah dalam pemilihan dalaman parti.

UMNO Kangar, katanya, akan terus menjalankan peranan semak dan imbang, serta tampil sebagai pelindung suara rakyat di peringkat akar umbi.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat