KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan, sebagai pengasas parti Perikatan Nasional (PN) beliau akui berduka atas keputusan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional hari ini.
Namun menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, keputusan ini adalah suatu peringatan kepada mana-mana pihak yang memimpin sebuah parti gabungan supaya bertindak adil terhadap semua parti anggota dan hendaklah sentiasa mematuhi perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.
“Jangan salah guna kuasa dan kedudukan dalam parti gabungan semata-mata untuk kepentingan parti atau kelompok tertentu sehingga menyebabkan parti gabungan tergelincir daripada tujuan dan matlamat asal penubuhannya.
“Saya akan membincangkan langkah ke hadapan dengan pimpinan Bersatu dalam Mesyuarat Biro Politik Khas pada malam ini,” ujarnya.



