“Samsuri gagal teruk sebagai Pengerusi PN” – dakwa Tun Faisal.

KUALA LUMPUR – Sepanjang pengalaman dengan Pas melalui Bersatu, jelas sikap pemimpin Pas yang rakus, menipu, memfitnah, khianat, tidak amanah dalam melaksanakan keputusan-keputusan musyawarah, melanggar Perlembagaan Perikatan Nasional (PN), menyalah guna kuasa, menindas dan menafikan hak parti anggota PN.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden Umno, mereka tiada keikhlasan dan kesetiaan, tanpa rasa segan dan malu, mereka berselingkuh dengan semua parti.

Dalam konteks PN Tun Faisal mendakwa, mereka berselingkuh dengan kumpulan penyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin sewaktu mereka masih belum sah jadi pertubuhan dan dengan Umno, waktu mereka berada dalam PN dan mempengerusikan PN.

Menurut Tun Faisal, kerosakan dalam PN bermula sejak pemimpin Pas campur tangan dalam urusan dalaman Bersatu.

“Penyokong Hamzah dan Pas ada persamaan, iaitu mereka melanggar perlembagaan pertubuhan, menipu dan khianat. Wakil rakyat yang bersama Hamzah lebih teruk lagi kerana mereka sanggup melanggar baiah dan sumpah atas nama Allah.

“Selepas Pas mengambil alih kepengerusian dan pentadbiran PN, Pas telah bertindak luar batas kuasa, tidak amanah dalam melaksanakan keputusan-keputusan musyawarah, khianat dengan melakukan rundingan belakang-belakang dengan pihak luar tanpa pengetahuan PN.

“Pas menipu dan memfitnah Bersatu, teutama dalam isu Perlis, Negeri Sembilan dan keputusan Majlis Tertinggi PN menolak kemasukan Pejuang dan Berjasa.

“Pas gagal mentadbir dan menguruskan PN. Tak sampai setahun PN dibatalkan oleh RoS.

“Samsuri gagal teruk sebagai Pengerusi PN,” dakwa Tun Faisal.

Tambah beliau, pemimpin dan ahli Pas masih fikir mereka tidak bersalah, walaupun selepas melanggar undang-undang, menindas dan menafikan hak pihak lain.

“Bukannya mereka mahu bermuhasabah, malah menuduh dan memfitnah pula pihak lain. Pas mungkin lupa, negara ini ada undang-undang dan masih ada lagi pembalasan di akhirat.

“Ulama dan pemimpin Pas perlu diingatkan tentang hadis Rasulullah saw – “Wahai ‘Abd al-Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta-minta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikan jawatan itu kerana meminta-minta, maka engkau akan diserahkan (kepada Allah untuk memikulnya tanpa pertolongan-Nya). Dan jika engkau diberi tanpa meminta, maka engkau akan dibantu (oleh Allah dalam melaksanakan tugas itu).” – Muttafaq ‘Alaih; Riwayat al-Bukhari no. 676 & Muslim no. 1652)

“Mereka juga perlu diingatkan tentang pembalasan di akhirat.

“Penyokong mereka pula perlu diingatkan tentang bahaya assabiyyah dan ketaksuban.

“Hati-hatilah Umno, jangan dipatuk oleh ular di tempat yang sama sebanyak dua kali.

“Rakyat, terutama pengundi Melayu-Islam – jangan tertipu. Presiden Umno tahu perkara ini, sebab itu dia sebut mengenai Presiden Pas, “kalau di Mekah pun menipu, di luar Mekah lebih banyak menipu lagi…”, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat