Tun Mahathir Dakwa Permohonan Imuniti Anwar Isyarat Rasa Bersalah

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon imuniti dalam kes saman berhubung dakwaan serangan seksual sebagai satu gambaran bahawa Perdana Menteri seolah-olah mengakui dirinya bersalah.

Menurut Mahathir, tidak ada sesiapa pun yang patut dikecualikan daripada proses undang-undang, termasuk raja-raja Melayu, jika didapati melakukan kesalahan.

“Kalau buat salah, dia boleh dihadap ke mahkamah. Tapi ini satu orang yang kalah dalam pilihan raya. Dia bukan menang, dia kalah.

“Lepas ni dia minta imuniti bagi diri dia. Bermakna dia mengaku bahawa dia buat salah. Cuma cara imuniti saja yang dia boleh didapati (tidak bersalah),” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Kenyataan itu hadir selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan, yang berkait dengan kekebalan Perdana Menteri daripada tindakan undang-undang dalam menjalankan tugas rasmi.

Anwar dalam kenyataannya di Facebook petang tadi menafikan bahawa beliau cuba mengelak daripada proses undang-undang, malah menegaskan bahawa permohonannya adalah demi mempertahankan integriti sistem perlembagaan negara dan institusi jawatan tinggi awam.

“Ia menyentuh tentang keperluan untuk memastikan bahawa jawatan awam tertinggi negara tidak terdedah kepada litigasi yang mungkin bermotif politik, atau bersifat mengganggu institusi,” jelas Anwar.

Beliau menegaskan komitmennya kepada kedaulatan undang-undang dan kebebasan institusi kehakiman, dan akan terus melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri tanpa gangguan.

Saman sivil yang difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri itu dijadualkan untuk diteruskan seperti yang ditetapkan, bermula 16 Jun ini..

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat