Anwar Tegur Pemimpin Gagal Galas Amanah, Tapi Sibuk Hasut Selepas Hilang Kuasa

- Advertisement -

CYBERJAYA– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur keras pemimpin tertentu dari Malaysia Timur yang memilih untuk mewujudkan perpecahan antara Semenanjung dan negeri-negeri Borneo selepas tidak lagi berkuasa.

Menurutnya, sikap seperti itu amat berbahaya kerana sewaktu mereka memegang tampuk kuasa, mereka gagal menunjukkan prestasi dan tidak melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

“Semenanjung tidak akan maju, Sarawak tidak akan maju, Sabah tidak akan maju kalau kita tidak bersatu, muafakat angkat negeri ini bersama-sama. Kita kena faham ini betul-betul,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup di Program MADANI Rakyat Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, semalam.

Tegas beliau lagi, pemimpin yang kehilangan kuasa sering kali memainkan sentimen kaum dan agama demi meraih kembali sokongan, sedangkan ketika mempunyai kuasa, mereka tidak menunjukkan keprihatinan terhadap nasib rakyat.

“Bila hilang kuasa (keluar isu) jaga Melayu, Islam terancam, negeri tidak dijaga, kamu ada kuasa dulu, buat masa ada kuasa. Saya cabar rakan-rakan yang ada, buatlah sebaiknya untuk rakyat masa kita ada kuasa.”

Anwar turut menyeru agar para pemimpin kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri bekerja bersungguh-sungguh menyelesaikan isu asas yang membelenggu rakyat Sabah, termasuk masalah air, elektrik, kesihatan, jalan raya dan pendidikan.

Beliau mengakui bahawa masih banyak kekurangan, namun usaha sedang giat dilakukan untuk mempercepatkan projek-projek yang tertangguh, termasuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

“Dalam kerajaan Madani, ini kita lakukan, ada orang kata belum cukup dan saya setuju belum cukup. Kadang-kadang masalah kita tanggung diwarisi sekian lama, nak selesaikan dalam masa singkat tidak boleh.”

“Berapa lama sangkut Lebuhraya Pan Borneo (Sabah) ini, di Sarawak hampir siap, Sabah tergendala teruk, nasib baik kita ada Ketua Menteri Hajiji kata jalan terus, jangan peduli masalah lain.”

Beliau menegaskan kehadirannya ke Sabah bukan sekadar lawatan, tetapi sebagai perdana menteri yang benar-benar mahu membantu rakyat negeri itu dan memastikan semua pihak yang diberi tanggungjawab melaksanakannya dengan penuh amanah.


 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat