Pas tak bayar gaji guru PASTI, mereka malaikat juga? – Khairuddin Takiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Ulama Umno, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memulangkan ‘paku buah keras’ kepada pembangkang terutamanya Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan mempersoalkan gaji guru-guru Pusat Tunas Asuhan Islam (PASTI).

Khairuddin berkata, jika Tuan Ibrahim semalam melabel Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai malaikat kerana tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri sedangkan Rasul pun mengambil peruntukan yang disediakan Allah.

“Datuk Tuan Ibrahim menyindir Anwar kerana tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dengan alasan Rasul pun mengambil peruntukan yang Allah sediakan. Katanya Perdana Menteri ini malaikat agaknya. 

“Barangkali itu bertujuan menjadi dalil untuk pimpinan Pas mengambil gaji dan elaun sebagai menteri, menteri besar, ahli Parlimen, Exco dan pengerusi GLC. Jadi kalau begitu, pimpinan Pas perlu kasihankan pekerja-pekerja parti seperti PASTI yang tidak diberi gaji dan elaun kerana mereka diumumkan oleh pemuda Pas sebagai sukarelawan tanpa redha mereka.

“Guru-guru PASTI ini malaikat barangkali yang tidak makan dan minum, tidak ada rumah dan tiada kenderaan hanya terbang dengan sayap. Begitu juga pekerja parti di pejabat Pas yang menerima gaji kecil RM400-500 sahaja sebulan. Mereka juga malaikat barangkali,” bidas bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas itu dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Jadi kata Khairuddin, sindiran Tuan Ibrahim sebenarnya sindiran kepada guru-guru PASTI dan pekerja parti yang atas nama perjuangan mengorbankan gaji mereka.

“Jadi guru PASTI sukarela atas nama perjuangan tak mengambil gaji sebagaimana Perdana Menteri sukarela atas nama keyakinan perjuangan beliau tidak menerima gaji.

“Mereka ini yang disindir oleh Tuan Ibrahim. Guru PASTI tak terasa ke? Saya pun terasa juga kerana sukarela menjadi Penasihat Agama TPM tanpa gaji,” ujarnya.

Semalam, pembangkang di Dewan Rakyat mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh pendapatan sekiranya benar beliau tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan-jawatan yang digalasnya.

Induk soalan itu dicetuskan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin membahaskan Belanjawan 2025.

“Saya sokong apa yang disebut perlunya satu kajian yang terperinci, data yang ada waktu kita (kerajaan sebelum ini) menaikkan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500… sebenarnya masih belum selesai dan saya rasa dia Perdana Menteri (PH-Tambun) tak boleh berselindung di sebalik dia tak ambil gaji.

“Ya konon dilindungi dengan hasrat tersebut. Sebab kalau tengok dari segi data yang ada, Rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi ni, ni nampak lebih daripada Rasul ni.

“Ya mungkin dia (Anwar) malaikat kot, dia tak makan gaji. Ataupun dia mungkin transfer saja, (maksudnya) dia tak ambil tapi dia online.

“Jadi saya minta komen sebab kadang-kadang kenyataan beliau berselindung di sebalik kononnya kerajaan yang ada ini berselindung kami pun tak ambil gaji, Perdana Menteri pun tak ambil gaji,” seloroh Tuan Ibrahim di Dewan Rakyat pada Isnin.

 

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat