Perhimpunan aman mesti patuh Akta 736 – Shamsul 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan bahawa penganjur atau peserta perhimpunan aman mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Tegasnya penganjur perlu mengemukakan pemberitahuan perhimpunan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh lima hari sebelum tarikh perhimpunan.

“PDRM bertanggungjawab mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan perhimpunan dijalankan dengan teratur mengikut Akta 736 dan undang-undang lain yang berkaitan,” katanya.

“Berdasarkan akta ini, permohonan permit dimaksudkan ialah pemberitahuan perhimpunan,” katanya di Dewan Rakyat pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. 

Jelasnya pemberitahuan perhimpunan di bawah Seksyen 9(1) Akta 736 perlu memenuhi keperluan yang ditetapkan serta melengkapkan borang pemberitahuan yang mengandungi butiran perhimpunan, anggaran jumlah peserta, dan individu yang dilantik oleh penganjur.

“Polis mempunyai kuasa di bawah Seksyen 15 akta sama untuk mengenakan syarat dan sekatan ke atas sebuah perhimpunan bagi memastikan keselamatan awam kekal terpelihara termasuk perlindungan kepada hak dan kebebasan orang lain.

“Tiada sekatan langsung dikenakan oleh polis jika kita mematuhi semua peraturan yang ditetapkan. 

“Jika perhimpunan telah dibenarkan tetapi terdapat kesalahan, seperti menyentuh perkara sensitif, polis akan terlebih dahulu menggunakan Seksyen 20 untuk berunding sebelum mengambil tindakan penguatkuasaan secara tegas,” katanya.

 

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat