LPSVN – UKM meterai perjanjian penyelidikan METTAREKA

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FSTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memeterai perjanjian membangunkan Sistem Galeri REKA (METTAREKA) di Balai Seni Negara di sini, semalam.

Ketua Pengarah LPSVN, Ameruddin Ahmad berkata, METTAREKA merupakan satu sistem persekitaran maya yang menerapkan teknologi metasemesta (metaverse) bagi memudahkan penerokaan yang mendalam mengenai sejarah pelayaran Asia Tenggara pada abad ke-15.

“Perjanjian penyelidikan ini merupakan platform untuk memupuk kepakaran dalam meneroka pelbagai peluang penyelidikan, bermatlamat membentuk rangka kerja yang kukuh dalam membina kerjasama bagi mengangkat seni visual negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Inisiatif kerjasama antara Balai Seni Negara dan UKM menerusi projek ini dilihat dapat memanfaatkan teknologi realiti maya sebagai saluran untuk mempamerkan seni visual serta menyebarkan sejarah, warisan dan budaya secara global, ”katanya.

Tambahnya, projek ini dibangunkan dengan pengalaman interaktif masa nyata melalui identiti digital dan
menggabungkan elemen realiti maya dan penceritaan digital untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang melangkaui sempadan.

Dalam pada itu, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM, Prof. Madya Dr Datuk Dr. Hanafiah Harunarashid berkata, METTAREKA dibangunkan dengan pengalaman interaktif masa nyata melalui identiti digital seperti avatar dan kandungan pembelajaran dalam talian yang diakses melalui peranti boleh pakai termasuk set kepala realiti maya dan tablet.

“Pengguna dapat mengakses maklumat secara visual, memanipulasi objek 3D, serta berinteraksi secara kolaboratif dengan pengguna lain bagi meningkatkan pemahaman tentang konteks sejarah.

Ia terdiri daripada empat modul iaitu navigasi ruang galeri reka secara 360 darjah, animasi karakter 3D Panglima Awang, model kompas navigasi , astrolabe dan pengalaman teleportasi di kapal Trinidad, ”ujarnya.

Kerjasama ini dijalin melalui pemeteraian perjanjian penyelidikan yang ditandatangi oleh Prof Datuk Dr. Hanafiah Harunarashid yang mewakili UKM manakala Amerrudin Ahmad mewakili LPSVN disaksikan oleh Ketua Kurator Kanan, Seksyen Perkhidmatan Pameran LPSVN, Faridah Hanim Abdul Wahab dan Dekan FSTM Prof. Madya Dr. Nur Hizam Safie Mohd Safar.

Program ini dibiayai oleh Geran Translasi UKM dan pasukan penyelidikannya diketuai Prof. Madya Dr. Tengku Siti Meriam Tengku Wook bersama Ts. Dr. Siti Fadzilah Mat Noor, Dr. Hazura Mohamed dari Fakulti Teknologi & Sains Maklumat UKM.

Manakala Dr. Normala Rahim dan Dr. Ismahafezi Ismail dari Fakulti Informatik & Pengkomputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA).

Sementalah itu, Pegawai Unit Komunikasi Korporat, Balai Seni Negara, Sarifah Abu Bakar Ebau berkata, orang ramai boleh merasai pengalaman pelayaran di Asia Tenggara pada abad ke-15, dijemput berkunjung ke Galeri Reka, di sini mulai hari ini dan maklumat lanjut boleh diikuti di media sosial rasmi Balai Seni Negara atau layari portal www.artgallery.gov.my. -SUARA TV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat