PAS umum kemasukan bekas pemimpin PKR, UMNO, Amanah dan Bersatu

SEREMBAN – PAS mengumumkan kemasukan beberapa bekas pemimpin dan tokoh daripada PKR, UMNO, Amanah dan BERSATU dalam satu majlis di Seremban malam tadi.

Antara nama yang diumumkan ialah bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim; bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan dan ADUN Ampangan, Datuk Dr Rafie Malek; serta bekas Exco Perak dan mantan Naib Presiden BERSATU, Datuk Hamidah Othman.

Turut menyertai PAS ialah Dr Rosli Yaakup, mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan mantan Pengerusi PAN Negeri Sembilan.

Selain tokoh politik, PAS turut menerima penyertaan tokoh akademik dan profesional termasuk Prof Mohd Nasir Ibrahim, mantan Pengerusi FINAS dan Naib Rektor ASWARA; Dr Md Nizam Baharom, mantan Pengerusi Kelab UMNO Manchester; serta TPr Hj Lokman Omar, mantan perancang bandar Negeri Sembilan dan mantan Pengerusi PKB.

Nama lain yang diumumkan ialah Hj Anas Iman Sudin, Pengerusi NGO; Saiful Adli Saiful Ridzuan, mantan Naib Ketua Pemuda UMNO Padang Serai; Dato’ Ahmad Tarmizi Hj Musa, mantan Pegawai Pendidikan dan Setiausaha UMNO Ketereh; serta Mostafa Shah, mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

PAS turut mengumumkan kemasukan Dato’ Muqorrobin Mokhtaruddin, mantan Exco Pemuda UMNO dan Ketua Bahagian BERSATU Lembah Pantai yang juga pendaki Everest; Rahimi Osman, mantan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim; Harfitiri Mohd Dahlan, mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia; serta Hj Azlan Johar, bekas pemain bola sepak Malaysia dan Selangor merangkap pengulas sukan.

Pengumuman itu dilihat sebagai usaha PAS memperkukuh sokongan politik menjelang Pilihan Raya Negeri Sembilan, khususnya dengan menarik tokoh daripada pelbagai latar belakang parti, akademik, profesional dan aktivisme.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat