Jelly Belly seorang ‘influencer’ media social yang banyak menghasilkan konten-konten seperti tolong-menolong sesama manusia, seorang yang bersifat dermawan dan dan sering berperwatakan ‘happy-go-lucky’, kini Jelly Belley telah muncul dengan single sulung yang berjudul ‘Asmara ciptaan composer terkenal dan berpengalaman, Sharon Paul dan diterbitkan oleh Bertuah Business.
“Alhamdulillah, ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila akhirnya saya mempunyai single sendiri. Tiada yang mustahil jika kita betul-betul mempunyai impian dan bekerja keras demi mencapainya,” kongsi pemilik nama sebenar, Abdul Jalil Ikram A. Hamid, 33.
Single yang bergenre balada pop ini mengisahkan tentang perasaan cinta yang mendalam terhadap sesorang yang dikasihinya tetapi kekasih hatinya telah pun berubah hati, namun masih lagi mengharapkan kasih tersebut berulang kembali.
Jika diamati liriknya yang cukup meruntun jiwa hati seeorang kekasih yang meronta-ronta meminta untuk Kembali yang telah ditinggalkan, tambahan pula dengan kelunakan suara Belly Jelly yang serak-serak basah.
Jelly Belly bukanlah seorang yang asing di Tik Tok, dia cukup terkenal dengan sering memuat naik konten-konten berupa kemanusiaan dengan berkongsi rezeki bersama peniaga-peniaga kecil dan menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.
“Saya hanya mahu berkongsi rezeki kerana ramai di luar sana yang memerlukan pertolongan, walaupun tidak banyak namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka, dan semoga menjadi teladan serta inspirasi buat mereka di luar sana agar sifat yang murni ini menjadi ikutan,” kata Jelly Belly.
Selain bersifat dermawan, Jelly Belly sebenarnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian, banyak pertandingan nyanyian yang telah disertainya dan memenangi tempat pertama. Perjalanan seninya bermula ketika menyertai pertandingan pencarian bakat Asia’s Got Talent 2018 mewakili Malaysia.
Kini, Jelly Belly mengorak setapak lagi sebagai seorang penyanyi profesional dengan terlahirnya single ‘ASMARA’ ini, dan semoga kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya semakin berkembang, dan lebih banyak lagi pertolongan yang akan dihulurkan.
Akhiri Jelly Belly: “Semoga single ini dapat membuktikan bahawa Jelly Belly bukanlah hanya seorang ‘content creator’ semata-mata tetapi mampu juga menyanyi dengan baik. Saya berharap agar lagu ‘ASMARA’ dapat diterima ramai dan nantikan karya-karya saya yang seterusnya.
Lagu ‘ASMARA’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Werkit Records.