Anwar ucap penghargaan kepada Peru selamatkan 43 rakyat Malaysia terkait pemerdagangan manusia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Peru kerana menyelamatkan dan membantu 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan eksploitasi buruh di Peru baru-baru ini.

Dalam pertemuan Anwar dengan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra beliau memohon Malaysia mempertimbangkan pembukaan sebuah pejabat di Peru.

Katanya ini bertujuan untuk menjadi pemudah cara pensijilan halal bagi produk di negara tersebut.

Selain itu, Anwar juga memaklumkan Presiden Boluarte turut mempelawa beliau ke Peru tahun depan, sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 yang akan dipengerusikan negara itu.

“Juga, kami berdua turut membincangkan aspek peluang kerjasama ekonomi antara kedua-dua selain menyentuh isu pemerkasaan wanita dan perubahan iklim.

“Malaysia juga menyokong usaha Peru untuk mewujudkan status Perkongsian Pembangunan dengan ASEAN,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat