Anwar hormat keputusan rakyat, Persekutuan tak tergugat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan rakyat di enam negeri yang memilih untuk mengekalkan status quo.

Anwar mengakui Kerajaan Perpaduan menerima keputusan yang diputuskan rakyat dalam pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada 12 Ogos 2023.

Pun begitu, beliau menyarankan sekiranya ada sebarang permasalahan berkenaan perjalanan PRN, ia akan diselesaikan mengikut saluran perundangan.

Kata Perdana Menteri, protes itu perlu dibuat mengikut jalur hukum dan juga peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Keputusan PRN mencatat kejayaan mengekalkan kuasa dan kerajaan di tiga negeri dan tiga lagi negeri kekal pembnagkang ia sepertimana kita maklum keputusan adalah keputusan rakyat.

“Dalam sistem demokrasi sama ada kita bersedia atau tidak dengan keputusan. Kita harus hormat keputusan rakyat. Hormat dalam erti kata bersedia menerima keputusan dengan baik.

“Kalau ada apa permasalahan pun perundangan, protes itu dibuat mengikut jalur hukum dan juga peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya pada sidang media di WTC, Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, semua parti menang dan kalah harus bekerjasama memartabatkan negara dan membela nasib rakyat.

“Jadi setelah bertarung bersungguh-sungguh kadang-kadang suhunya agak panas. Ini waktunya semua rakyat dari semua parti
menang atau kalah harus bersilaturahim, menjaga keamanan negara dan menumpukan perhatian menangkap martabat negara dan membela nasib rakyat.

“Ini tumpuan kita. Bagi pihak Kerajaan Perpaduan saya ingin beri jaminan terutama Kerajaan Persekutuan yang terus kekal dan kukuh selepas PRN ini kita akan terus bertungkus-lumus bekerja, berkhidmat sesuai dengan hasrat kita membangun Malaysia Madani dan dasar ekonomi Madani yang telah kita umumkan baru-baru ini.

“Insya-Allah mulai Isnin kita akan terus bertugas bukan sahaja seperti biasa tetapi lebih tekun dan keras bekerja supaya Malaysia akan mencipta kejayaan yang dibanggakan,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat