Post-mortem kaji peratusan rendah keluar mengundi – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan post-mortem ekoran peratusan keluar mengundi yang dilaporkan rendah pada enam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu akan dibuat bagi memahami dengan lebih mendalam situasi yang berlaku.

“Dari segi turn-out itu mungkin kita kena faham apa yang berlaku dan kita akan buat post mortem untuk memahami dengan lebih mendalam,” katanya selepas mengikuti perkembangan keputusan enam PRN bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain di WTC, KL, malam tadi.

Direkodkan, jumlah keluar mengundi dilaporkan rendah apabila kebanyakan negeri mencatatkan peratusan sekitar 60 peratus.

Hanya Terengganu merekodkan 70 peratus, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengeluarkan sebarang peratusan keluar mengundi rasmi terbaharu setakat ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, keputusan PRN kali ini sudah dalam jangkaan.

Katanya, perkara itu berdasarkan penelitian beberapa dapatan dairpada firma-firma kaji selidik.

“(Jadi) banyak kaji selidik yang dilaporkan mempunyai banyak data tambahan dan kita akan ambil semua data ini untuk kita teliti,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi berkata, parti kerajaan akan lihat meneliti usaha pihak Kerajaan Persekutuan terutama dalam menyantui rakyat menyelesaikan masalah rakyat.

“Jadi masih awal untuk saya komen lebih dari itu sebab banyak maklumat atau data belum ada di tangan, jadi berikan sedikit masa dan saya percaya mungkin dalam masa beberapa hari (untuk beri pandangan),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat