“Saya Tak Serah Tanah Kepada Vincent Tan, Tanah Masih Milik MBI”- Amirudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menganggap dakwaan yang menuduh beliau menyerahkan tanah milik Selangor kepada Berjaya Land untuk mengusahakan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) sebagai melampau.

Amirudin menjelaskan tanah pembangunan SMG masih dipegang Menteri Besar Selangor Inc (MBI) cuma kebenaran untuk pembangunan itu diberi kepada syarikat usaha sama (JV) bersama dengan Berjaya Land.

“Gerbang Maritim Selangor ini meliputi 88,000 ekar tanah sepanjang 56 kilometer Sungai Klang ia projek pembersihan sungai juga projek untuk membangunkan kemudahan taman awam, grand bazar, resort dan juga perumahan

“Sebenarnya Berjaya Land tidak membeli syarikat seperti mana yang dituduh tetapi ada JV antara Berjaya Land dan juga Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB),” jelas beliau dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada petang Isnin.

Untuk rekod, Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) adalah anak syarikat milik penuh penggerak pelaburan utama kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor Inc (MBI).

SMG terbabit dengan kerja mengorek 56 kilometer (km) Sungai Klang dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, selain kerja pembangunan lain.

Amirudin memberitahu, SMG ini adalah imaginasi Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Tan Sri Khalid pernah mengatakan bahawa pembangunan semula Sungai Klang, inilah sebenarnya dan Gerbang Maritim Selangor ini telah dilancarkan oleh Datuk Seri Azmin Ali tapi hanya dilaksanakan oleh saya.

“Itu adalah kesinambungan kepada apa yang telah dilaksanakan, cuma kaedah Khalid tak ada apa pun kecuali imaginasi dan juga beberapa bayangam dan Azmin melantik Landasan Lumayan bukan saya lantik ditubuh 2016 untuk jadi master developer
ia dipilih dan dilantik oleh Azmin.

“..dan satu satu perkara yang dibuat oleh Azmin ialah memberikan hutang kepada syarikat itu RM45 juta untuk melakukan pembersihan dengan memerangkap sampah sebanyak 731,0000 tan sampah dan kini kualiti air Sungai Klang dah meningkat, buktinya Sungai Rasau kita akan boleh ekstrak air nanti bila loji rawatan Sungai Rasau dapat buat… dulu level 5 sekarang level 3,” ulas beliau lanjut.

Jelas Amirudin, sebab itu timbul pertikaian yang disebut bahawa syarikat itu tidak berkemampuan.

“Memanglah syarikat itu tak buat apa-apa perniagaan, ia hanya diberikan RM45 juta untuk buat proses pembersihan.

“Saya nak unlock tentang potensi-potensi yang ada tapi untuk menggerakkannya kalau kita menggunakan dana awam sahaja atau dana MBI kita juga ada limitasi jadi kita perlu menjemput suntikan daripada pelabur-pelabur.

“Oleh itu kita telah membuat Request for Proposal (RFP)yang menilai 80 syarikat selama 8 bulan sejak 2020 hingga 2021 dan tidak ada yang boleh menepati permintaan-permintaan atau garis yang ditetapkan MBI.

“Kemudian Berjaya datang dan bersedia untuk membiayai dan sebagainya bagi projek pembersihan Sungai Klang termasuk dan pembangunan kawasan sekitar,” katanya.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula mencelah menjelaskan maksud RFP.

“Request for proposal berbeza sedikit dengan tender terbuka.

“Maksudnya sebuah kerajaan meminta proposal daripada syarikat swasta dan proposal ini semua akan dinilai oleh pegawai-pegawai kerajaan,” katanya.

Tambah Amirudin, RFP telah pun dibuat tetapi tidak ada satu pun syarikat yang telah menghantar RFP memenuhi kehendak MBI sejak 2008-2010 selepas imaginasi Khalid itu.

“Berjaya Land tidak datang daripada RFP tapi datang daripada proses luar RFP, Mereka hantar kemudian selepas proses RFP dibuat.

“Selepas kita maklumkan tidak ada yang layak dan datang balik RFP kita tak buka tapi dia datang proposal begitu dan saya suruh pihak MBI dan jawatankuasa teknikal untuk semak dengan menggunakan skim RFP yang lepas supaya kita adil walaupun dia lambat mana tahu mungkin boleh berjaya dan dia bersedia membiayai projek pembersihan itu diteruskan daripada kita biarkan terus duit kerajaan mengalir untuk memungut sampah.

“Syarikat ini kata dia bersedia pungut sampah di samping tanah ini nanti di mana 45 peratus yang masih dimiliki Landasan Lumayan tidak ada penyerahan kepada Berjaya pun,” tegas beliau.

Ujar Amirudin lagi, beberapa dakwaan itu sebenarnya sudah dijelaskan pada sidang DUN apabila dibangkitkan oleh Hilman Idham ADUN Gombak Setia.

“Saya percaya tuduhan-tuduhan ini hanya sensasi menjelang PRN kalau tidak ia telah dibuat setahun yang lepas hanya mencari dan ada gempak sebab nak kata Berjaya, Vincent Tan, tauke judi.

“Saya faham ini hanya tindakan politik tetapi bila cross the line dengan tuduhan ada rasuah, penyelewengan saya agak itu dah langgar integriti.

“Tanah masih dipegang MBI cuma kebenaran untuk pembangunan itu diberi kepada syarikat JV bersama dengan Berjaya dan maknanya tuduhan bahawa saya serah tanah itu sebenarnya tidak betul.

“Sebab itu saya ambil keputusan kalau setakat kritik, kutuk daripada Datuk Seri Sanusi Md Nor saya okey lagi. Tapi bila kata kita serah tanah tanpa bukti jelas cross the line,” tegasnya.

Amirudin menjelaskan bahawa Berjaya Land memiliki pegangan 55 peratus kerana asasnya seluruh pembiayaan untuk pembersihan dan pembangunan itu Berjaya Land setuju untuk menanggung dan tidak ada syarikat lain yang tawar begitu.

“Pembiayaan pembangunan ditanggung Berjaya Land, bermakna Berjaya Land harus menanggung kos pembangunan yang ada di sana dan untuk menggerakkan projek tersebut.

“Saya tak nak jadi orang yang nak ulang benda sama setiap kali pilihan raya, saya malahan minta benda ini dengan cepat sebab saya rasa ini boleh jadi game changer kepada ekonomi di sepanjang pesisir Sungai Klang jarak 200-300 ekar saja
sebab benda ini bukan diputuskan oleh MBI saja ia dibentang dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor kemudian diendorse Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO),” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat