Antler, Khazanah Jalin Kerjasama Perkukuh Usahawan Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Syarikat modal teroka global Antler meluaskan jejak antarabangsanya di Malaysia menerusi perkongsian dengan dana kekayaan berdaulat, Khazanah Nasional Bhd (

Ini bagi mengukuhkan lagi kehadirannya di enam buah benua, yang merangkumi Asia Tenggara dengan kehadiran sedia ada di Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, kerjasama strategik ini akan membuka lembaran baharu dalam landskap keusahawanan Malaysia dan
membuktikan komitmen Khazanah memperkenalkan penyelesaian yang inovatif dan berkesan.

“Ini menjadi satu lagi langkah ke hadapan untuk ‘Future Malaysia Programme’ yang bertujuan untuk mengembangkan idea dan perniagaan Malaysia supaya dapat berdaya saing di peringkat global.

“Kami akan terus mengenal pasti rakan kongsi berpotensi yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti, kepakaran dan cadangan nilai strategik untuk menyertai kami dalam membentuk dan memperkasakan generasi usahawan Malaysia akan datang melalui program ini.

“Kami menawarkan sokongan menyeluruh sepanjang kitar hayat pendanaan, bermula daripada peringkat awal sehingga ke peringkat pembangunan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan Asia Antler, Jussi Salovaara berkata pihaknya dalam misi menambah baik dasar bermula dari ‘Day Zero investing’ hinggalah syarikat pemula memperoleh kejayaan.

“Para pengasas dapat mengembangkan syarikat mereka dengan lebih pantas bersama Antler, di mana mereka boleh membina pasukan yang luar biasa, menyertai komuniti pengasas global dan mengakses modal untuk mempercepatkan perkembangan.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Khazanah bagi membuka peluang ini untuk para usahawan di Malaysia,” ujarnya.

Menerusi pejabat baharunya di Kuala Lumpur, Antler menyasarkan untuk melabur dalam lebih 30 buah syarikat pemula di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Program ‘Venture Generation’ ditetapkan bermula pada Oktober 2023 dan permohonan kini telah dibuka.

Antler merupakan salah sebuah syarikat pelaburan peringkat awal yang paling aktif di peringkat global dan telah melabur dalam lebih 792 buah syarikat di 26 buah bandar raya di seluruh dunia dengan nilai portfolio terkumpul sebanyak AS$3.7 bilion.

Kerjasama bersama Antler merupakan pelaksanaan terbaru bagi sebuah inisiatif di bawah Dana Impak dikenali sebagai ‘Future Malaysia Programme’ untuk menyokong ekosistem pemula tempatan yang terdiri daripada usahawan, syarikat pemula, modal teroka dan program usaha niaga korporat melalui kerjasama dengan rakan kongsi domestik dan antarabangsa.

Dana Impak ialah komitmen sebanyak RM6 bilion dalam tempoh 5 tahun dan merupakan tonggak utama di bawah strategi Khazanah ‘Advancing Malaysia’ untuk memajukan Malaysia.

Pakatan strategik ini berfungsi untuk mencungkil dan memupuk bakat keusahawanan para pengasas syarikat dari Malaysia dan memberi mereka akses kepada platform dan rangkaian global Antler.

Langkah ini membolehkan mereka mengukuhkan diri sebagai syarikat penentu masa depan.

Dengan pengkhususan dalam pelaburan ‘Day Zero investing’, Antler mengambil pendekatan tersendiri untuk memupuk kejayaan syarikat pemula.

Jenis pelaburan ini dapat membezakan Antler dengan program keusahawanan yang lain.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat