Sambut baik inisiatif Projek Empangan Lebir dalam Bajet 2027 untuk Kelantan – MB

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik perancangan Projek Empangan Lebir sebagai salah satu inisiatif untuk menangani masalah banjir dan bekalan air bersih di negeri kelantan sebagai sebahagian dari peruntukan dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan.

Menteri Besarnya Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembentangan Belanjawan 2027 khususnya beberapa peruntukan dalam Bajet Persekutuan untu negeri Pantai Timur itu.

“Inisiatif ini bakal menjadi penyelesaian jangka panjang, seiring dengan penyiapan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai dan Loji Rawatan Air Machang yang kini berada pada peringkat reka bentuk.

“Usaha ini turut diperkukuh melalui pelaksanaan kerja-kerja penggantian paip air usang,” katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau berkata pengoperasian Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Gombak ke Kota Bharu pada Disember ini, di saming penyambungan landasannya ke Rantau Panjang serta pengumuman pembinaan sebuah stesen bas bersepadu dengan Stesen ECRL Kota Bharu, akan melengkapkan lagi jaringan terminal pengangkutan di Negeri Kelantan.

Menurut beliau, demi memastikan pembangunan lebih seimbang antara wilayah, Kelantan berharap agar cadangan penyambungan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Terengganu ke Kelantan turut diberikan perhatian.

“Kerajaan Negeri turut menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melengkapkan Hospital Pakar USM di Kubang Kerian dengan teknologi pembedahan robotik, di samping membina tabika untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim,” kata Mohd Nassuruddin.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Kelantan yakin bahawa, dalam konteks federalisme Bajet Persekutuan 2027 yang diumumkan Perdana Menteri khususnya yang berkaitan dengan Negeri Kelantan, serta Bajet Negeri Kelantan 2027 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober nanti bakal membawa berita baik kepada rakyat Kelantan.

“Keyakinan ini turut disokong oleh hubungan baik antara kerajaan yang terjalin antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat