Parti Bersatu akan sertai PRN Melaka, guna simbol sendiri

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu hari ini membuat keputusan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan nanti selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa pada 23 September lepas.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat Biro Politik Bersatu dipengerusikan oleh Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, perbincangan itu memberi tumpuan kepada semua pandangan dan analisa mengenai penyertaan Bersatu dalam PRN Melaka.

“Bersatu bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi bentuk kerjasama dalam pilihan raya.

“Bersatu bersedia menggunakan simbol Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka,” kata Azmin.

Parti Bersatu juga akan memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi dalam masa terdekat, katanya.

Beliau menyatakan keputusan untuk mewujudkan kerjasama pilihan raya dalam PRN Melaka adalah bertujuan untuk mengoptimumkan potensi bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri yang baik dan progresif demi kesejahteraan rakyat Negeri Melaka.

“Bersatu merayu kepada rakyat Melaka untuk memberi peluang kepada calon-calon Bersatu untuk mewakili suara rakyat dan membawa perubahan yang hakiki dan memberikan manfaat langsung kepada semua rakyat Melaka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat