Sudah sampai ‘WAKTU’ Hasif Upin, Ziana Zain bergabung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Lagenda seni tanah air, penyanyi bersuara lunak, Ziana Zain bakal menampilkan sebuah single terbaharu yang berjudul ‘Waktu’ dengan gabungan istimewa bersama seorang pempengaruh media sosial, Hasif Upin.

Sebagai penyanyi berpengalaman, Ziana percaya dan menganggap ini merupakan rezeki apabila digabungkan bersama seorang pendatang baharu terbitan Armani Entertainment Group (AEG).

“Ini adalah rezeki kami berdua, peluang yang diberi jangan disia-siakan, saya mengalu-alukan penyanyi baharu untuk berkolaborasi dengan saya.

“Hasif mempunyai tona suara yang bagus, ‘feel’ yang baik dan berdisiplin, itu yang saya suka tentangnya,” jelasnya.

Ziana berkata, ‘Waktu’ merupakan sebuah lagu pop bergenre balada rock yang menceritakan kisah penderitaan dua insan yang terluka akibat cinta masa lalu.

“Mengapa sekarang? Jika bukan sekarang, bila lagi bukan? Saya akui apabila mendengar demo lagu ini buat pertama kali, hati terbuka untuk merakamkannya, dan ini juga adalah buah tangan yang istimewa buat semua peminat kesayangan yang tidak jemu-jemu menunggu sekian lamanya,” katanya.

AEG katanya menanti selama 9 bulan untuk mendapat persetujuan dari penyanyi terkemuka itu dimana Hasif sendiri yang memilih untuk bergabung bersama Ziana.

“Sejujurnya, kak Ziana merupakan idola saya sejak dahulu lagi dan hampir kesemua lagu beliau saya hafal.

“Sewaktu proses rakaman yang memakan masa selama 2 jam di studio Damansara, kak Gee sangat merendah diri, sentiasa memberi semangat kepada saya dan banyak yang saya pelajari dari beliau, peluang dapat berduet dengan seorang lagenda seni suara merupakan pengamalan yang sangat berharga dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

“Apabila diberi peluang keemasan ini oleh pihak rakaman, pasti saya hargai sangat-sangat,” jelas Hasif yang merupakan pelantun lagu ‘Dilema’ yang pernah kontroversi tahun lalu.

Lagu hasil ciptaan komposer terkemuka negara iaitu Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat ini diterbitkan oleh label rakaman paling sensasi masa kini, Armani Entertainment Group.

‘Waktu’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat