Presiden Turkiye hargai tindakan susulan Ismail Sabri lepas lawatan rasmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan malam tadi menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Turkiye.

Menurut perkongsian Ismail Sabri di Facebooknya, Presiden Turkiye menyatakan penghargaan atas tindakan yang telah diambil susulan lawatan rasmi beliau ke Turkiye pada 5 Julai lalu.

“Malam tadi saya telah menerima panggilan daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

“Perbincangan kami tertumpu kepada hasil kerjasama dua hala antara Malaysia dan Turkiye,” kata Perdana Menteri pada Rabu.

Kunjungan delegasi Malaysia ke Turkiye baru-baru ini selain memperkukuh hubungan dua hala turut dimanfaatkan untuk menarik lebih banyak pelaburan dari negara itu selain mendapatkan sumber makanan seperti tepung gandum.

Bukan itu sahaja, dalam kunjungan empat hari perdana menteri mengadakan pertemuan berasingan dengan wakil daripada sembilan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan firma Turkiye.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat