PRU15: Hak PM Bincang Bersama PN Kata Zahid Hamidi

- Advertisement -

BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr. Ah­mad Zahid Hamidi menye­rah­kan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaa­kob untuk mengadakan per­­bincangan atau tidak dengan Perikatan Nasional (PN) berhubung penetapan tarikh pembubaran Parlimen.

“Kita serahkan kepada Perdana Menteri untuk berunding atau tidak (dengan PN) untuk memberi laluan kepada pilihan raya,” kata Presiden UMNO kepada Utusan Malaysia selepas pro­gram tadarus al-Quran di sini semalam.

Respons tersebut selepas Ah­mad Zahid ditanya berhu­bung kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meng­ingatkan Perdana Menteri, beliau perlu berunding de­ngan gabungan itu terlebih da­hulu sebelum menetapkan ta­rikh pem­­bubaran Parlimen un­tuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Berhubung keputusan UMNO mencadangkan agar Ismail Sab­ri menjadi calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) pada PRU15, Ahmad Zahid berkata, ia adalah keputusan parti.

“Itu adalah keputusan parti dan keputusan parti harus dihormati. Setakat ini kita tiada meletakkan apa-apa syarat ter­ha­dap beliau (Ismail Sabri) yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

“Juga tidak wujud andaian saya dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi laluan kepada Ismail Sabri kerana ini adalah keputusan Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Mengenai Bersatu yang mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Men­teri jika parti itu menang pada PRU15, Ahmad Zahid berkata, itu adalah hak parti itu.

“Mana-mana parti layak untuk mencalonkan Perdana Menteri masing-masing,” katanya.-

-UTUSAN

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat