My Sassy Girl versi Indonesia

- Advertisement -

Jakarta: Filem My Sassy Girl dari Korea Selatan yang ditayangkan pada 2001 diterbitkan dalam versi Indonesia dan bakal ditayangkan pada 23 Jun depan.

Indonesia menjadi antara beberapa negara yang membuat ulang filem itu termasuk Amerika Syarikat, India, China, Nepal, Filipina dan Lithuania.

Pengarah filem My Sassy Girl versi Indonesia, Fajar Bustomi berkata, filem itu menjalani penggambaran pada November tahun lalu dan menampilkan pelakon Jefri Nichol dan Tiara Andini.

Versi asal My Sassy Girl mengisahkan Gyun-woo (Cha Tae-hyun), mahasiswa yang sangat gemar menggoda perempuan dan lepak bersama rakan daripada mendengar celoteh ibunya.

Sementara itu, seorang perempuan muda (Jun Ji-hyun) mabuk ketika menaiki kereta api bawah tanah. Ketika itu, dia muntah dan jatuh ke pelukan Gyun-woo.

Film itu ditulis dan diarahkan Kwak Jae-yong yang juga pengarah filem the Classic (2003), Windstruck (2004), Cyborg She (2008), My Mighty Princess (2008), dan A Year-End Medley (2021).

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat