Tosrin bukan calon MB Johor- Muhyiddin

- Advertisement -

PAGOH – Perikatan Nasional (PN) menyanggah poster tular yang kononnya calon DUN Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi sebagai calon Menteri Besar Johor.

Sebaliknya Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa calon Menteri Besar dari PN hanya akan dinamakan selepas menang pada PRN Johor.

“Tidak betul, palsu. Saya ada beritahu bahawa kami tidak ada umum sesiapa, ini taktik orang jahat,” tegas Presiden Bersatu itu.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditemui media pada Program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Majlis Pemulihan Negara Bersama Komuniti Agromakanan Johor di Kompleks Sukan Pagoh, pada Jumaat.

Semalam tular di media sosial mengatakan Tosrin yang Ketua Bersatu bahagian Kulai bakal Menter Besar Johor jika PN menang esok dalam pilihan raya negeri itu.

Selain Tosrin turut tular, calon Menteri Besar dari Pakaran Harapan (PH) ialah Maszlee Malik manakala bagi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hasni Mohamad.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, bahawa calon Menteri Besar PN hanya akan diumumkan selepas menang dan membentuk kerajaan.

“Poster Tosrin yang tular itu adalah dengan niat untuk fitnah.

“Saya pernah difitnah bahawa saya nak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi calon Perdana Menteri.

“Apa cerita itu dan kita terpaksa nafikan. Dalam tempoh zaman mutakhir seperti ini merasakan tertekan sampai dia sanggup buat cerita bohong dan fitnah untuk mempengaruhi pengundi.

“Saya fikir berjaga-jaga dengan orang yang berniat jahat seperti ini supaya kita jangan terpengaruh,” kata beliau.

Pun begitu menurut Muhyiddin beliau yakin pengundi Johor tidak akan termakan dengan taktik busuk hati yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Ditanya kriteria calon Menteri Besar PN Muhyiddin cuma berkata,”nanti apabila sudah selesai dan menang, kita ada ramai calon yang layak tengok latar belakang mereka dan kelayakan mereka”.

“Kita dah biasalah bukan baru, sampai masa sesuai sekiranya kita dapat bilangan kerusi yang lebih itu tidak jadi masalah dan kita akan umumkan dan dapat perkenan Sultan Johor.

“Itu perkara biasa yang kita, jadi sabar tunggu sahaja,” kata Muhyiddin.

Dalam pecutan hari akhir sebelum pilihan raya Johor, beliau memberitahu partinya sedang berusaha sehabis baik.

“Kita masih berusaha dan akan berusaha sampai malam ini,” ujar Ahli Parlimen Pagoh itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat