PRN Johor adalah PRN yang telah ‘dipaksakan’ – Wan Azizah

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Dr Azizah Wan Ismail mengangap Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada 12 Mac ini adalah PRN yang telah dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu walaupun negara kini sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“PRN Johor adalah PRN yang telah ‘dipaksakan’. Kita tidak mahu wabak yang melanda negara, menyebabkan kita terpaksa mengundi.

“Fikir baik baik lah mengenai kesihatan dan kesejahteraan rakyat lebih penting daripada politik,” kata kepada SuaraTV, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Wan Azizah turut menyatakan kekesalan apabila melihat kempen Barisan Nasional dihadiri oleh pemimpin tertinggi yang terpalit dengan kes-kes ‘kluster mahkamah’.

“Namun kita tahu, situasi kempen di sebelah sana Itu (BN)..Saya hairan kerana kita tahu orang orang yang dijatuhkan hukuman…dulu masa Anwar lain ya. Saya rasa tak adil lah,” katanya.

“Insyallah momentum terhadap kita telah meningkat. Walaupun kita tahu dan sedar bahawa undi terutama melayu terpecah.” ujar Wan Azizah. -SuaraTV

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat