Penganalisis pun ramal PN menang besar – Muhyiddin

- Advertisement -

PAGOH – Bukan cuma Barisan Nasional (BN) bahkan Perikatan Nasional (PN) juga diramal bakal menang besar di Johor oleh penganalisis politik,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menganggap ia cuma ramalan dan tidak memberi sebarang kesan kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan memilih esok, 12 Mac ini.

“Itu ramalan dan banyak ramalan bahawa PN menang, yang mana satu? Kata Muhyiddin.

Menurut kajian ini ILHAM Centre membuat ramalan BN mampu memenangi sekurang-kurangnya 35 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) selesa di 10 kerusi.

Baki lagi 11 kerusi pula tidak dapat dibaca kerana berlaku perebutan sengit untuk dimenangi oleh PN, BN dan PH.

“PH termasuk PKR kelihatan tidak bermaya dan hilang arah untuk menyekat kemaraan BN selepas tewas teruk di Melaka dan Sarawak.

“PH masih buntu mencari formula magis bagi mengembalikan kegemilangan pencapaian mereka pada PRU14,” katanya.

Kajian itu memberitahu lagi, ketiadaan tokoh yang mampu menyatukan semua parti pembangkang adalah punca mengapa pertembungan banyak penjuru yang merugikan kepada semua pihak selain BN terjadi di Johor.

“PN ternyata menjadi saingan utama kepada BN tetapi peratusan bukan Melayu yang tidak menyokong gabungan ini yang menyebabkan mereka gagal mengatasi BN,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat